|
Maklumat Sektor Jaminan Kualiti |
|
|
Written by Penolong Pengarah UJK
|
|
Wednesday, 02 February 2011 |
|
SIP adalah usaha komprehensif dan bercita-cita besar bagi mencabar, memotivasi serta membantu semua 10,000 sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid – terutama yang berprestasi rendah. SIP ialah pemacu kritikal NKRA dan menyokong inisiatif “Sekolah Berprestasi Tinggi” (SBT) SBT menaikkan tahap kecemerlangan sekolah, SIP merapatkan jurang untuk sekolah yang berprestasi rendah. SIP ialah kesinambungan daripada Tawaran Baru kepada PGB untuk membantu dan memotivasi semua sekolah bagi meningkatkan pencapaian semua murid terutama mereka yang berprestasi rendah. ELEMEN UTAMA SIP
1. Ranking sekolah berdasarkan Skor Komposit terdiri daripada GPS dan SKPM yang menarafkan sekolah kepada 7 band pencapaian.
2. Perancangan dan Toolkit SIP yang mengumpul maklumat keperluan khusus sekolah bagi merancang pelan tindakan sekolah yang bersesuaian.
3. Khidmat sokongan SIP menyalurkan khidmat bantu daripada kementerian terus kepada sekolah terutama sekolah yang berprestasi rendah.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 07 February 2012 )
|